DOKUMEN PERJALANAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UMRAH

1.      Wang pendahuluan RM500.00 (tidak dikembalikan / potongan di atas kos-kos yang terlibat sekiranya jemaah tarik diri).
2.      Bayaran penuh pakej mestilah di jelaskan 1 bulan sebelum berlepas.
3.      Borang visa yang telah lengkap diisi.
4.      Passport Antarabangsa dengan:
a.      Tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas.
b.      Melebihi 4 muka surat kosong
5.      4 keping gambar berukuran 6cm x 4cm, zoom 80%, berlatar belakang putih (tidak bersongkok bagi lelaki) & (bertudung gelap bagi wanita).
6.      Salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
7.      Pengesahan Suntikan Anti Meningococcal Meningitis ACYW 135.
8.      Semua bayaran hendaklah dibuat sama ada secara tunai atau cek.

DOKUMEN URUSAN VISA UMRAH
1.         Dokumen Pengesahan Mahram seperti di bawah:     
            A) Jemaah wanita bawah 45 tahun
                    i.            Wanita bersama dengan suami
Salinan sijil nikah (cop pengesahan dari Jabatan Agama Islam & Wisma Putra, Putrajaya)

                  ii.            Wanita pergi bersama Anak lelaki kandung
Salinan sijil lahir anak (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya)

                iii.            Wanita pergi bersama Bapa kandung / Adik beradik lelaki kandung / Datuk kandung
Salinan sijil lahir sendiri & adik beradik lelaki kandung (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya) & Consent Letter; surat akuan sumpah Suami / Bapa kandung (cop Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra, Putrajaya)

                 iv.            Wanita pergi bersama Bapa saudara kandung
Sijil lahir jemaah, Sijil lahir bapa & Sijil lahir bapa saudara (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya) Consent Letter; surat akuan sumpah Suami / Bapa kandung (cop Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra, Putrajaya)

B) Jemaah lelaki bawah 18 tahun
                    i.            Pergi bersama bapa kandung
 Salinan sijil lahir (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya)

                  ii.            Pergi bersama Adik beradik lelaki kandung / Datuk kandung
Salinan sijil lahir sendiri & adik beradik lelaki kandung (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya) & Consent Letter; surat akuan sumpah Suami / Bapa kandung (cop Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra, Putrajaya)

                iii.            Pergi bersama Bapa saudara kandung
Sijil lahir jemaah, Sijil lahir bapa/ibu & Sijil lahir bapa saudara (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya) Consent Letter; surat akuan sumpah Bapa kandung (cop Pesuruhjaya Sumpah & Wisma Putra, Putrajaya)